Penafian (Disclaimer)

Satu-satunya Ebook AdSense Yang Mendapat Sambutan Luar Biasa! Ianya Disemak dan Disusun Khas Untuk Tahun 2011.

 

Segala usaha telah dilakukan dengan jitu untuk memberikan penerangan kepada anda, setepat yang mungkin tentang produk ini dan potensi-potensinya. Walaupun industri AdSense merupakan satu industri yang lumayan, namun tiada jaminan bahawa anda akan mendapat wang menggunakan teknik dan kaedah yang diajar dalam produk ini. Setiap contoh yang dipaparkan dalam laman web ini tidak boleh di interpretasikan sebagai jaminan mahupun janji penulis kepada anda. Potensi penjanaan wang menerusi kaedah ini bergantung sepenuhnya kepada usaha para pelanggan yang menggunakan produk Rahsia AdSense ini. Produk Rahsia AdSense ini bukanlah skim cepat kaya.

Tahap berjaya dalam mendapatkan keputusan yang baik adalah bergantung kepada masa yang anda peruntukkan kepada program AdSense, penggunaan idea dan kaedah yang betul yang diberitahu dalam produk, pengetahuan tentang kewangan, dan bermacam skill lagi. Memandangkan skill-skill ini berlainan antara individu, Pihak kami tidak boleh memberi jaminan terhadap kejayaan anda dalam program AdSense mahupun jumlah wang yang bakal anda jana. Kami juga tidak akan bertanggungjawab terhadap segala action anda. Pengarang serta penerbitnya dengan ini secara khususnya tidak bertanggungjawab atas apa-apa risiko, kehilangan, liabiliti, sama ada secara peribadi atau tidak, yang berlaku akibat penggunaan dan aplikasi kandungan buku panduan ini, secara langsung atau tidak langsung.

Bahan-bahan yang digunakan dalam produk dan laman web kami ada mengandungi informasi atau berdasarkan 'forward-looking statements' yang terkandung dalam securities litigation reform act of 1995. 'Forward-looking statements' bermaksud memberikan sesuatu gambaran ataupun jangkaan pada masa hadapan. Anda boleh mengenalpasti statements ini dengan melihat ianya tidak merujuk kepada fakta yang berbentuk sejarah (masa lepas) mahupun situasi sekarang. Ianya menggunakan perkataan-perkataan seperti, "jangkaan", "mengharapkan", "bermaksud untuk", "rancangan", "merencanakan", "percaya", dan perkataan-perkataan dan terma-terma lain yang mempunyai maksud yang sama, yang membincangkan tentang potensi wang yang boleh dijana atau prestasi kewangan.

Pembeli harus menerima kenyataan bahawa ebook yang dibeli berkemungkinan mempunyai informasi-informasi yang sudah diketahui sebelum menjumpai produk ini. Sehubungan dengan itu, pembeli juga harus menerima kenyataan bahawa kaedah-kaedah yang dihuraikan dalam ebook ini mungkin memerlukan pembeli mengeluarkan pelaburan dan mempunyai risiko untuk beberapa kaedah ini berfungsi dengan baik.

Kegunaan mana-mana forward-looking statements yang terdapat dalam laman web atau ebook yang diterbitkan pihak kami adalah untuk mengekspresikan pendapat kami tentang potensi janaan wang menerusi program AdSense. Banyak faktor-faktor yang menentukan keputusan sebenar dan tiada jaminan dibuat bahawa anda akan mendapat keputusan yang sama dengan kami, atau mana-mana individu lain yang telah berjaya dengan AdSense, malahan tiada jaminan diberikan bahawa anda akan mendapat keputusan yang baik menggunakan idea-idea kami atau kaedah-kaedah yang diajar dalam ebook Rahsia AdSense.

Keputusan akan berlainan antara individu, sepertimana peluang perniagaan yang lain, anda mungkin berjaya ataupun gagal. Kejayaan dalam mana-mana peluang perniagaan adalah kerana usaha gigih, masa yang diperuntukkan dan pelbagai faktor-faktor penyumbang lain. Tiada jaminan hasil yang baik atau pendapatan yang lumayan akan dijana selepas membeli produk kami.

Anda diminta supaya membaca semua bahan-bahan yang ada, belajar dengan bersungguh-sungguh dan serius mengenai perkara yang dibincangkan. Dengan pembelian Pakej Ebook Rahsia AdSense - Membongkar Rahsia Teori & Praktikal ini, anda tersekat oleh syarat-syarat yang dinyatakan di atas.