Polisi Rahsia/Peribadi (Privacy Policy)

Satu-satunya Ebook AdSense Yang Mendapat Sambutan Luar Biasa! Ianya Disemak dan Disusun Khas Untuk Tahun 2011.

 

Rahsia-AdSense.com berusaha bersungguh-sungguh untuk memberikan tawaran terbaik melalui teknologi internet dan memberikan pengalaman interaktif kepada anda. Kami mungkin menggunakan informasi peribadi seperti nama anda, alamat email, alamat kediaman, nombor telefon bergantung kepada syarat dan terma privacy polisi ini. Kami tidak akan sesekali menjual, menukar atau menyewa alamat email anda atau segala informasi yang diberi kepada mana-mana pihak ketiga.

Bagaimana kami mengumpul maklumat

Bagaimana kami mengumpul dan menyimpan maklumat bergantung kepada laman yang anda layari, aktiviti-aktiviti yang anda pilih untuk mengambil bahagian dan servis yang diberikan. Sebagai contoh, anda mungkin akan diminta untuk memberikan maklumat apabila mendaftar untuk diberikan akses tertentu yang mempunyai keistimewaan tertentun dalam laman web kami, seperti newsletter atau apabila anda melakukan pembelian. Seperti kebanyakan laman web lain, syarikat kami juga mengumpul maklumat secara automatik dan melalui alat elektronik. Sebagai contoh, kami mungkin mencatatkan nama ISP anda atau menggunakan teknologi cookie untuk mengenalpasti identiti anda dan pelbagai informasi berkaitan anda. Selain dari itu, kelebihan cookie juga, ia akan juga menyimpan username dan password anda, memudahkan anda supaya tidak perlu menaip semula username dan password untuk log masuk dalam ruangan members. Kami sentiasa mencari teknologi baru yang boleh digunapakai dalam laman web ini, kami juga mungkin menggunakan kaedah lain untuk mengumpul maklumat. Dalam kes tertentu, anda boleh memilih untuk tidak memberi kami maklumat, sebagai contoh dengan menetapkan supaya browser anda tidak menerima cookies, jika anda berbuat demikian, anda akan diminta untuk menaip semula username dan password bagi mengakses beberapa tempat tertentu dalam laman web ini, dan kami mungkin tidak dapat mengubah ciri-ciri laman web ini mengikut cita rasa anda.

Laman web Affiliate, Laman web Linked dan Pengiklanan

Rahsia-AdSense.com mengharapkan rakan, pengiklan dan affiliate menghormati hak peribadi para pembeli dan pelanggan produk kami. Harus diingat juga bahawa, pihak ketiga, termasuk rakan-rakan kami, pengiklan, affiliates dan penyedia content yang boleh diakses menerusi laman web kami, mungkin mempunyai syarat dan terma mereka yang tersendiri. Sebagai contoh, semasa anda melawat laman web kami, anda berkemungkinan akan melihat content yang bukan daripada laman web kami sebaliknya daripada laman web pihak ketiga. Rahsia-AdSense.com tidak akan bertanggungjawab atas segala tindakan atau polisi-polisi daripada pihak ketiga ini. Anda harus sentiasa memeriksa polisi-polisi mereka sebelum memberikan apa-apa maklumat yang diminta.

Hubungi Kami

Kami boleh dihubungi menerusi laman Contact yang disediakan dalam laman web ini.

Perubahan Dalam Polisi ini

Rahsia-AdSense.com mempunyai hak untuk mengubah polisi ini pada bila-bila masa yang diinginkan. Sila periksa laman web ini secara berkala untuk melihat sekiranya sebarang perubahan berlaku. Penggunaan secara berterusan produk kami, mahupun laman web ini menandakan anda bersetuju atau mengakui perubahan-perubahan yang dilakukan.

Undang-undang

Polisi ini dan penggunaan laman web ini adalah tertakluk kepada undang-undang dalam negara pemilik laman web ini.