Syarat, Terma Pembelian & Penggunaan
Satu-satunya Ebook AdSense Yang Mendapat Sambutan Luar Biasa! Ianya Disemak dan Disusun Khas Untuk Tahun 2011.
Sekiranya anda tidak bersetuju dengan terma dan syarat yang tertulis di sini, anda diminta untuk tidak menggunakan laman web ini sekarang juga.
Dengan membaca terma dan syarat ini, maka anda terikat sepenuhnya terhadap perkara tersebut.
Sila periksa perjanjian terma dan syarat ini secara berkala kerana pihak pengelola Rahsia AdSense mempunyai hak untuk mengubah perjanjian terma dan syarat. Penggunaan secara berterusan laman web mahupun produk oleh anda merupakan penerimaan kepada sebarang perubahan perjanjian yang dilakukan oleh pihak pengelola. Pihak Rahsia AdSense mempunyai hak untuk menghapuskan sebarang akses kepada pengguna yang menggunakan laman web ini pada bila-bila masa tanpa sebarang notis dan juga berhak melakukan sedemikan sekiranya pengguna melanggar perjanjian yang telah ditetapkan dalam laman web ini. Perjanjian terma dan syarat - pembelian dan penggunaan ini juga digunapakai untuk pengiklan dan pelesen.
Larangan-larangan dalam Penggunaan Material
Kecuali perkara-perkara yang dibenarkan secara tegas melalui laman web ini, anda bersetuju tidak akan save, memuat turun, cut dan paste, jual, menyewa, mengubah, menyalurkan, plagiat, membuat cetakan kembali - sama ada softcopy atau hardcopy, menyebarkan, menukar, menawarkan kepada umum, menerbit, mencipta satu material yang baru daripada material ini, menggunakan isi material untuk kegunaan peribadi. Mendapatkan data secara sistematik daripada material atau isi lain daripada laman web ini untuk mencipta atau menyusun, secara langsung atau tidak langsung, satu kumpulan, kompilasi, kumpulan data atau direktori tanpa kebenaran bertulis daripada Rahsia-AdSense.com adalah dilarang. Penggunaan isi atau material dalam ebook untuk mana-mana kegunaan yang tidak dibenarkan dalam perjanjian terma dan syarat ini adalah dilarang. Kesemua material adalah tersedia dalam bentuk elektronik (Ebook - PDF) dan tidak boleh dicetak.
Hak Milik Database, Lesen, dan Penggunaan
Kecuali kepada informasi-informasi peribadi, segala informasi-informasi yang anda berikan dalam laman web ini atau digunakan dalam komunikasi dengan Rahsia-AdSense.com melalui laman web ini (selepas ini dikenali sebagai "Submission") akan menjadi hak milik Rahsia-AdSense.com selama-lamanya. Rahsia-AdSense.com tidak akan menganggap mana-mana Submission sebagai rahsia dan tidak akan mendatangkan liabiliti hasil daripada persamaan yang mungkin muncul dalam produk atau servis yang akan diperkenalkan oleh pengelola Rahsia-AdSense.com pada masa akan datang. Tanpa sebarang sekatan, Rahsia-AdSense.com mempunyai hak milik ekslusif kepada semua hak-hak Submission samada sekarang mahupun pada masa akan datang. Anda membenarkan/mengakui bahawa anda bertanggungjawab sepenuhnya terhadap mesej ini, termasuk kesahihannya, keboleh-percayaannya, kesesuaiannya, keaslian dan hak cipta. Anda dengan ini mewakili dan memberi jaminan bahawa Submission anda tidak melanggar hak mana-mana pihak ketiga.
Laman Web Pihak Ketiga
Anda mungkin akan dihantar ke beberapa laman web/online merchant pihak ketiga melalui jaringan daripada laman web ini. Anda sememangnya perlu membaca terma dan syarat yang disediakan oleh mana-mana laman web pihak ketiga untuk keselamatan anda sebelum menggunakan sebarang servis yang disediakan. Laman-laman web ini mungkin mengandungi informasi atau material yang tidak sah, tidak masuk akal, atau mungkin tidak sopan dan mengganggu sesetengah individu. Laman-laman web ini bukan dibawah kelolaan Rahsia-AdSense, tidak di kawal selia, atau diteliti oleh Rahsia-AdSense.com, dan Rahsia-AdSense tidak mengetahui apa-apa tentang isi kandungan laman-laman web ini. Anda mengakui bahawa Rahsia-AdSense tidak bertanggungjawab terhadap ketepatan, penyesuaian hak cipta, peraturan, kesesuaian, atau mana-mana aspek isi atau apa-apa material yang diterima menerusi laman-laman web ini. Link-link mereka yang terdapat dalam laman web atau produk Rahsia-AdSense bukanlah sebagai bentuk 'endorsement' oleh Rahsia-AdSense. Anda bersetuju bawaha Rahsia-AdSense.com dan juga pengelola tidak mempunyai sebarang liabiliti apa saja daripada mana-mana laman web ketiga dan juga penggunaan anda terhadap mereka.
Ganti Rugi
Anda bersetuju untuk membela, menanggung, dan tidak akan membahayakan Rahsia-AdSense.com, para pengiklan mereka, pemegang lesen, subsidiaries dan mana-mana syarikat yang berkenaan dengannya, para pekerja mereka, kontraktor, pegawai-pegawai, agen dan pengarah-pengarah daripada semua liabiliti-liabiliti, tuntutan, dan pembiayaan, termasuk pembiayaan peguam, yang terhasil daripada penggunaan laman web ini oleh anda, atau mana-mana servis, informasi atau produk daripada laman web ini, atau mana-mana perbuatan yang melanggar perjanjian ini.
Notifikasi Email
Anda bersetuju untuk membenarkan Rahsia-AdSense.com menghantar notis-notis khas berkaitan penambahbaikan produk, tawaran terbaru dan lain-lain. Anda, bagaimanapun boleh memilih untuk tidak mendapat notifikasi ini dengan membuang nama anda dalam senarai email kami pada bila-bila masa yang anda inginkan.
Pemilihan Undang-undang
Laman web ini (tidak termasuk laman web pihak ketiga) dikawal oleh Rahsia-AdSense.com. Ianya boleh diakses dari mana-mana negara kecuali yang dinyatakan oleh pihak pengelola. Oleh sebab setiap tempat ini mempunyai undang-undang yang berlainan daripada pemilik laman web ini, dengan itu, dengan mengakses laman web ini, kedua-dua pihak, anda dan Rahsia-AdSense.com bersetuju bahawa sekiranya terjadi apa-apa yang boleh mendatangkan implikasi undang-undang, undang-undang dan hukum daripada negara pemilik laman web ini akan digunapakai. Perjanjian ini tidak termasuk dalam United Nations Convention on Contracts for the Sale of Goods.
Jaminan Pulangan Wang
Rahsia-AdSense.com akan, melalui pilihannya, akan mengganti atau membaik-pulih mana-mana produk yang didapati rosak dalam masa 30 hari daripada tarikh pembelian. Selepas 30 hari, semua jualan adalah muktamad. Semua permintaan untuk pembayaran balik (refund) mesti disokong oleh bukti yang kuat bahawa produk yang diberikan rosak dan/atau pelanggan tidak dapat menggunakannya secara efektif. Kesemua permintaan haruslah dibuat secara bertulis menerusi emel bersama-sama dengan bukti-bukti yang disebutkan diatas kepada alamat emel yang telah dinyatakan dalam laman web Rahsia-AdSense.com. Rahsia-AdSense.com mempunyai hak untuk menolak mana-mana pembayaran balik yang dianggap tidak sepatutnya atas sebab-sebab tertentu. Kami, bagaimanapun akan memberi cadangan kepada anda tentang bagaimana menggunakan produk kami sebaik-baiknya. Sekiranya berlaku pembayaran balik, kami mempunyai hak untuk menolak jumlah pembayaran balik untuk menampung kos-kos berkaitan proses pembayaran balik sehingga maksimum RM50 sahaja.
Harga Ebook, Pengkhususan, Hak Eksklusif dan Support
Terdapat 2 pakej yang ditawarkan oleh Rahsia-AdSense kepada anda, Harga tetap untuk Pakej A adalah RM45.00 (termasuk semua bonus yang ditawarkan), dan pakej B adalah RM30.00 (hanya Ebook PDF), melainkan jika pihak Rahsia-AdSense.com, melakukan sebarang promosi atau potongan harga atau dalam maksud yang lain menurunkan kepada harga yang lebih murah, maka harga akan kurang daripada jumlah tersebut. Pihak kami juga berhak menaikkan harga apabila perlu dan bila-bila masa sahaja tanpa sebarang pemberitahuan terlebih dahulu secara umum atau secara langsung.
Harga RM45.00 adalah untuk "Ebook Rahsia AdSense", "17 Video Tutorial" dan "Akses Tanpa Had di Ruangan Members". Lain-lain 'bonus' adalah bahan tambahan sahaja dan tidak tertakluk kepada harga pakej ini. Maka, bonus 'add on' yang dinyatakan di laman "sales letter" bila-bila masa boleh diberhentikan penawarannya.
Jika kami dapati anda menggunakan ebook yang diperolehi daripada sumber yang haram (cetak rompak), maka kami akan menggunakan apa sahaja cara termasuk tindakan undang-undang. Pakej ebook ini hanya boleh diperolehi melalui laman web rahsia-adsense.com sahaja dan juga di laman web reseller yang sah.
Pakej Rahsia AdSense ini lebih menumpu kepada "Mendapatkan Ilmu Google AdSense, Setting dan Cara-cara Menjana Kewangan Menggunakan AdSense". Pakej ini tidak sama sekali mengajar secara khusus mengenai program affiliate, blog atau cara buat duit dengan cara-cara yang lain.
Hanya pembeli yang sah sahaja yang berhak menggunakan segala kelebihan dan bonus eksklusif seperti yang dijanjikan di laman utama web ini.
Support yang diberikan oleh pihak kami hanya melalui emel sahaja, dan konsep support ticket akan digunakan.
Penerimaan Bayaran, Pesanan dan Link Download Ebook
Anda mesti mengikut langkah-langkah pembelian yang telah diaturkan agar proses penyemakan pesanan dan pengesahan bayaran tidak bermasalah. Andai perlu memasukkan maklumat yang betul ke dalam borang pesanan dan pengesahan bayaran di bahagian halaman pembelian. Kegagalan anda melakukan hal ini dengan cermat, akan melambatkan proses pengesahan pembayaran dan penghantaran link download kepada anda.
Link download ebook mestilah dirahsiakan dan hanya 'milik' anda. Jika kami dapati anda mengedarkan link download, kami akan bertindak tegas. Sebarang masalah dengan link download, file rosak (corrupt) atau sebagainya, sila laporkan kepada kami dengan segera untuk kami selesaikan masalah tersebut.
Kebiasaannya, file ebook adalah tidak bermasalah, cuma talian internet pembeli yang bermasalah menyebabkan file tidak dapat di-download dengan sempurna. Maka ia adalah di luar daripada bidang kami. Jika ia berlaku, jangan panik, sampaikan kepada kami dan anda akan dibantu melalui beberapa alternatif lain.
Pelbagai
Segala terma yang dinyatakan dalam laman ini akan digunakan kepada semua akses di Rahsia-AdSense.com. Rahsia-AdSense.com mempunyai hak untuk mengeluarkan vesi semakan semula terhadap dokumen ini, versi tersebut kemudian akan digunakan berdasarkan tarikh dokumen diterbitkan. Setiap informasi yang diakses daripada Rahsia-AdSense.com akan terpisah, transaksi yang mempunyai ciri-ciri tersendiri berdasarkan terma utama ketika itu. Terma-terma ini akan dilaksanakan menurut kesesuaian undang-undang dalam negara anda, ianya digunapakai dalam perjanjian dan akan dilakukan dalam bidang kuasa hukum.
Terma dan Syarat Untuk Affiliate
Jumlah Komisyen
Kami akan membayar komisyen sebanyak RM18.00 atau 40% untuk pakej A dan RM11.20 atau 40% untuk pakej B kepada setiap jualan yang mempunyai affiliate ID anda.Rahsia-AdSense.com mempunyai hak untuk mengubah peratusan komisyen pada bila-bila masa yang dikehendaki. Sila layari laman web kami pada setiap masa untuk melihat sekiranya perubahan berlaku dalam terma dan syarat ini.
Komisyen adalah Muktamad
Setiap jualan yang didapati menerusi affiliate ID anda adalah muktamad. Tiada perbincangan boleh dibuat berkaitan samada jualan dilakukan oleh anda atau tidak. Rahsia-AdSense.com berhak untuk memberikan atau tidak memberikan komisyen kepada para affiliatenya. Affiliates adalah dilarang keras untuk membeli produk Rahsia-AdSense menerusi laman affiliate mereka sendiri. Sebarang usaha kearah itu akan menyebabkan akaun affiliate anda dilupuskan dan melanggar Perjanjian Affiliate dengan kami.
Masa Pembayaran
Pembayaran akan dilakukan sekali pada setiap dua minggu, iaitu pada 8 dan 22 haribulan pada setiap bulan. Sekiranya hari tersebut jatuh pada Cuti Umum, Sabtu atau Ahad, pembayaran akan dilakukan pada hari bekerja yang seterusnya. Kami berhak untuk membayar dalam tempoh tiga hari bekerja daripada tarikh yang disebutkan di atas.
Kaedah Pembayaran
Pembayaran komisyen akan dilakukan secara terus kedalam akaun bank anda, atau melalui PayPal. Kami hanya akan bank-in kepada bank yang terdapat dalam control panel anda. Anda bertanggungjawab untuk mengemaskini hal-hal berkaitan pembayaran (jenis bank, nombor akaun dsb.) sebelum tarikh pembayaran komisyen dibuat. Sekiranya gagal melakukan demikian, semua komisyen anda akan dilupuskan. Juga sekiranya anda gagal memberikan informasi yang tepat berkaitan hal-hal bank anda, semua komisyen anda juga akan dilupuskan.
Caj balik dan Jaminan Pulangan Wang
Kami mempunyai hak untuk menolak jumlah komisyen anda sekiranya terdapat caj balik atau pengembalian wang daripada jualan yang diperoleh daripada affiliate ID anda.
Jika tidak bersetuju, maka anda tidak digalakkan membeli Pakej Rahsia AdSense ini untuk mengelakkan ketidakpuashatian anda kelak